masa itu ibarat pedang..


Get your own Digital Clock

Wednesday, December 15, 2010

TeKnIk mEnGhAfAl..

TEKNIK SARANAN DIRI YANG BERKESAN
  • Hajat atau matlamat yang hendak diperolehi mestilah jelas dan tepat.
  • Dilakukan dengan hasrat yang menyala-nyala, bersungguh-sungguh dan penuh harap.
  • Yakin sepenuhnya bahawa akan memperolehi apa yang kita sarankan kepada diri sendiri.
  • Berimanigasi bahawa kita sedang mendapat apa yang dihajati.
  • Konsisten, amalkan pada setiap malam sebelum tidur dan pagi selepas bangun dari tidur secara berterusan 6-7 minggu atau sehingga berjaya.
Kalau anda bercita-cita untuk mendapatkan kekuatan intelek, inilah rahsianya : BANYAK MEMBACA, MEMAHAMI, MERENUNG DAN MENGHAYATI SEJARAHMEMBUAT LATIHAN MENGEMBANGKAN KEKUATAN KONSENTRASI Kekuatan konsentrasi boleh dilatih dan dikembangkan melalui pelbagai jenis latihan dan yang saya selalu buat ialah memberi focus kepada rentak drum sahaja dalam sebuah lagu dan kemudian dipraktikkan dengan tangan sendiri dengan berpandukan bayangan.Apabila melihat iklan/brocure/pamphlet saya akan halusi setiap design yang ada walaupun hanya sebentuk garis lurus.Apabila membaca Al-Qur’an, bawa mata untuk menghayati garis lengkuk setiap huruf , baris dan bayangkannya ketika menghafaz.Kekuatan konsentrasi boleh dilatih dan dikembangkan melalui pelbagai jenis latihan :

  1. Letak segelas air di hadapan anda. Pejam mata sambil membayangkan kembali di dalam fikiran anda kewujudan gelas itu. Pertahankan bayangan tersebut seberapa lama yang boleh. Jika konsentrasi anda terganggu, buka mata sambil melihat gelas itu dan teruskan kembali konsentrasi. Selain segelas air, anda juga boleh menggunakan benda-benda lain yang terdapat di hadapan anda seperti TV, pasu bunga,jam dan sebagainya.
  2. Pada waktu malam, tutup lampu di bilik dan pasang sebatang lilin. Duduk pada jarak satu meter dari lilin itu. Konsentrasi pandangan anda pada lilin tersebut selama 10 minit tanpa mengerdipkan mata. Panjangkan tempoh konsentrasi tetapi jangan melebihi dari 30 minit. Pada peringkat permulaan, mata akan berair. Tetapi jangan risau kerana itu adalah fenomena biasa.
  3. Letak jam di hadapan anda. Pusatkan tumpuan terhadap putaran jarum saatnya selama dua minit atau lebih. Apabila fikiran anda menerawang, berhenti sebentar dan mulakan kembali.
  4. Solat dengan penuh konsentrasi dan khusyuk. Hayati setiap makna surah di dalam solat. Lebih baik dilakukan ketika solat sunat pada sebelah malam kerana fikiran kita pada ketika itu mudah khusyuk dan segala ibadah yang dilakukan adalah lebih berkesan.
  5. Membaca Al-Quran dengan melihat pada terjemahannya serta menghayati sedalam-dalam maknanya.
  6. Berlatih mencongak sifir matematik yang mudah di dalam fikiran seperti mencampur, menolak, membahagi dan mendarab nombor-nombor selama 20 minit pada setiap hari. Buku latihan matematik sekolah rendah boleh digunakan untuk tujuan ini. Alex Osborn telah berjaya membuktikan individu yang melakukan amalan ini selama 20 hari berturut-turut mampu meningkatkan daya tumpuan dan daya konsentrasinya.
  7. Pendengaran secara imaginasi :
    Tutup mata, dengarkan bunyi-bunyi berikut secara imaginasi dan pertahankan bunyi tersebut seberapa lama yang mungkin. Sebelum itu cuba bayangkan situasi di mana anda pernah medengar bunyi tersebut.

    • Bunyi ayam berkokok.
    • Bunyi azan.
    • Bunyi enjin kenderaan milik anda.
    • Bunyi cerek yang sedang mendidih.
    • Bunyi siren ambulan.
    • Bunyi hujan lebat.
  8. Penglihatan secara imaginasi :
    Tutup mata, abatangkan perkara-perkara yang berikut secara imaginasi dan pertahankan imaginasi tersebut selama yang boleh :

    • Anda sedang membaling bola.
    • Anda berada di halaman rumah anda.
    • Sahabat karib anda sedang ketawa.
    • Kapal terbang.
    • Permandangan di sebuah pantai.
  9. Merasa, mencium dan melakukan pergerakan secara imaginasi. Pertahankan imaginasi tersebut selama yang mampu:
    • Bayangkan anda sedang mendayung perahu.
    • Bayangkan anda sedang mengayuh basikal.
    • Bayangkan anda sedang melakukan gerakan-gerakan dalam sembahyang.
    • Menghidu bau durian.
    • Merasa kepedasan cili.
Latihan-latihan ini menuntut usaha yang bersungguh-sungguh dan berterusan. Pada peringkat awal, anda tentu menemui kesukaran dan kesusahan kerana tidak dapat memusatkan daya penumpuan dengan sepenuhnya. Mungkin anda merasa sakit kepala dan jemu. Tetapi bersabarlah, lama-kelamaan anda akan dapat menguasai kemahiran membuat penumpuan dan menjadi individu yang memiliki daya konsentrasi yang hebat dan mampan. Lakukan mana-mana latihan di atas selama 20-30 minit pada setiap hari secara konsisten. Selain meningkatkan kekuatan konsentrasi fikiran, latihan-latihan ini dapat menambahkan kreativiti dan mencergaskan fungsi otak kanan. Aktiviti-aktiviti ini menyuburkan keseluruhan neuron di dalam otak dan hubungan antara sel-sel glia semakin teguh. Ini menjadikan otak semakin aktif serta kuasa mengingat dan keupayaan menyerap pelajaran, ilmu dan maklumat bertambah. Selain itu, faedahnya yang lain ialah :
  • Mempunyai minat yang lama.
  • Sukakan perkara-perkara yang abstrak
  • Sering didatangi ilham, intuisi, bisikan dan gerak hati.
  • Kemampuan mengeluarkan idea-idea yang unik dan berkualiti.
  • Daya kreativitinya tinggi.
  • Selalunya pintar dan berkebolehan menyelesaikan masalah dengan cara yang unik dan berlainan daripada orang lain.
  • Memiliki daya ingatan yang sangat baik terutamanya pada perkara-perkara yang diminati.

No comments:

Post a Comment