masa itu ibarat pedang..


Get your own Digital Clock

Wednesday, December 15, 2010

iLmU HaFaLaN..


“Saya pernah menjadi Jurulatih program IT kepada guru-guru di sekolah. Master trainer mewajibkan para trainer mengingat semua nama guru di dalam sessi tersebut yang mana jumlahnya 20 orang bagi satu sessi. Latihan yang dilakukan ialah membuat bayangan didalam rumah kita sendiri bermula dari pintu masuk apakah yang pertamanya kita nampak, bayangkan hingga sampai ke pintu dapur. Hasilnya saya boleh lakukan dan respond diterima “macammana awak boleh ingat semua?”TENIK-TEKNIK MENGUATKAN OTAK KANAN
  1. Banyak membaca dan menghayati sejarah. (saya sendiri ketika sekolah hampir hampir gagal dalam kertas sejarah setiap kali ujian tetapi sekarang buku sejarah dan biografi menjadi bahan bacaan paling disukai)
  2. Banyak membaca pengetahuan umum (general knowledge) kurangkan majalah hiburan kerana hiburan biasanya mengandungi gambar yang agak keterlauan dan bahan gossip berlebihan.
  3. Bermonolog.
  4. Memperbanyakkan ekspedisi, pengembaraan, lawatan, berkelah dan melancong.
  5. Selalu menyertai seminar, forum, pameran, ekspo dan lain-lain.
  6. Menatap dan merenung Al-Quran.
  7. Selalu melakukan latihan menguatkan konsentrasi.
  8. Selalu berfikir secara kreatif. (waktu kecil saya suka bayangkan bagaimamana keadaannya kalau sudu plastic ditumbuk dengan batu lesung dan bagaimana rasanya kalau saya hempas gelas kaca dengan kuat).
  9. Sering melakukan latihan pendengaran, penglihatan, pergerakan, penciuman dan merasa secara imaginasi.
  10. Bertafakur atau berfikir tentang makhluk Allah dan alam semesta.
  11. Memikirkan sesuatu kejadian, peristiwa-peristiwa dan isu-isu semasa. Belajarlah dengan alam semesta dan kehidupan ini.
  12. Membaca, memahami, merenung dan menghayati isi Al-Quran sedalam-dalamnya. Fikirkan apa yang tersurat dan tersirat di dalam kandungannya. Lakukan begitu juga terhadap hadis-hadis Rasullullah s.a.w.
  13. Bermain catur.
  14. Suka berfikir dengan bertanya kepada diri-sendiri dengan menggunakan kata kunci ‘apa, siapa, bila, di mana, kenapa dan bagaimana‘.
  15. Selalu menambah pengetahuan umum dengan membaca, mengikuti program-program berbentuk maklumat dengan menonton televisyen, mendengar radio, internet dan sebagainya.
Dengan membaca Al-Quran secara automatiknya kita melakukan senaman muka, leher, kerongkong dan fikiran. Profesor Arnold Ehret, pengasas kepada Sistem Perubatan “Ehretisme” dan “Mucusless Diet Healing” melaporkan bahawa menurut pendapat dan pengalaman peribadinya bahawa sebaik-baik latihan jasmani untuk kesihatan dan penyembuhan ialah menyanyi. Al-Quran pun merupakan sejenis ‘nyanyian’ kerana Rasullullah s.a.w. menyuruh umatnya membaca dengan berlagu, atau dengan kata lain ialah dengan menyanyi. Nyanyian yang dimaksudkan adalah taranum.Prof. Arnold mengakui bahawa apabila seseorang itu bernyanyi atau berlagu dengan fikiran khusyuk dan penuh perasaan, maka ia akan menjadi perhubungan dan rangsangan dari tempat sebutannya kepada organ-organ dalaman. Ia merupakan sejenis rangsangan yang terbagus kepada organ-organ dan membentuk ketenangan kepada berjuta-juta saraf di dalam tubuh. Apabila membaca Al-Quran, otot-otot di muka dan leher akan bergerak-gerak dan terurut. Pergerakan otot-otot di seluruh muka dan leher akan menyegarkan wajah dan menghindarkan penyakit-penyakit yang menyerang muka seperti ‘Bell’s Palsy’ iaitu sejenis penyakit lumpuh pada bahagian muka. Membaca Al-Quran juga akan menegangkan kulit dan sekaligus sebagai awet muda. Yang penting sekali, ia melatih otak kita kepada konsentrasi fikiran (concentration of the mind) di mana kekuatan konsentrasi ini amat diperlukan untuk belajar dan mengingat.“Saya berpendapat ramai orang yang dah tahu tentang pemakanan untuk otak. Saya sendiri menjadikan madu dan halia sebagai makanan harian saya tetapi setelah mendapat rahsia  CARA makan didapati amalannya memang memberi perubahan pada saya. Ini saya pelajari dari rakan blog”:Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan – penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius – genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan : 1) MADUMadu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai “shifa’” iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar “Raja Ubat”, dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu.

Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, “Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu”. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit – penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !
Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri – biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu. CARA MINUM :
i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca “Bismillah” dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w
4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli – ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, “Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur”. Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis – manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.
”Kegemaran saya ialah makan telur goreng yang campur hirisan halia. Ketika makan gigit halia dan hancurkan baru ditelan”
6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau – limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.
7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, “Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”
8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak – kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak – kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.
9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.
TAMBAHAN 1.Lebihkan sayuran sebolehnya organic dan dimasak celur.3.Jangan tidur selepas Asar hingga masuk Maghrib.4.Mulakan tidur dengan doa dan disapu diseluruh badan dan tidur mengiring ke kanan selain mengikut sunnah nabi, baik untuk sistem penghadaman. Ketika bangun tidur, jangan terlalu tergesa-gesa bangun dari tempat pembaringan.5.Jauhkan diri dari perkara yang membuat kita hilang konstrensasi seperti mengumpat dan mendekati maksiat.6.Buat penghayatan pada perkara yang hendak dihafal ketika 1/3 malam selepas solat sunat hajat/taubat dll di waktu yang sunyi dan tenang.(lebih kurang jam 3pg dan jika kita berdoa waktu ini paling mustajab kerana malaikat turun paling dekat dengan bumi). Dan ulangan boleh dibuat waktu yang lain.7. Jika Al-Qur’an hendak dihafaz hanya menggunakan 1 mushaf bagi 30 juzuk, bagi hafalan ilmu pelajaran gunakan ikut kesesuaian. (penting gunakan teknik fotografi)“Setiap orang ada kelebihan. Saya selalu mencari kelainan dalam adik-beradik untuk tampil positif. Kelainan yang boleh menjadi amalan ialah menghafal/menghafaz. Ini dirangsang oleh kekaguman terhadap ibu dan ayah saya. Mereka tidak berpelajaran tinggi dan sudah berusia (ayah-70an, ibu 60-an)tetapi mempunyai sel otak yang masih kuat dimana kemampuan untuk menghafaz dengan baik. Cara pemakanan mereka juga agak berbeza dari orang lain dan menjadi contoh kepada saya.Mungkin ada banyak amalan dan cara untuk fungsi otak tetapi ini adalah amalan yang sesuai dengan kemampuan saya. Jika isi kandungan tip anduan ini hendak dipublis,h sifu boleh sunting ikut kesesuaian. Saya doakan agar ilmu yang sedikit ini akan menjadi amalan bagi masyarakat kita dan berharap martabat bangsa kita akan meningkat lagi ke tahap yang lebih baik. Insya Allah”
2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.
CARA MAKAN :
i)Menghadap Kiblat
ii)Baca “Bismillah” dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hati
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.
3) SUSU SEGARSusu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan.

CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.
11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.
12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.
13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.
14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.
15) ZA’FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.
16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.
17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.
18) BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.
19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., “Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal”. Baginda juga berkata, “Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.
20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.
21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.
22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan memori
“Ilmu umpama air yang mengalir dari lembah ke muara, tadahlah ia dengan hati yang merendah pada Allah S.W.T”

No comments:

Post a Comment