masa itu ibarat pedang..


Get your own Digital Clock

Saturday, October 26, 2013

mari kite bincang tentang usuluddin

assalamualaikum dan selamat malam.pada hari ini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang akidah di dalam usuluddin.cerita nya begini pada zaman Rasulullah s.a.w. , Rasulullah menyampaikan risalah tauhid kepada masyarakat arab jaihiliyah di mekah selama 10 tahun dan di madinah selama 13 tahun. pada mulanya rasulullah berdakwah secara senyap selama 3 tahun dan menyebarkan dakwah secara terang-terangan selama 7 tahun sebelum beliau berhijrah ke madinah dan membentuk negara dan kerajaan islam yang mempunyai perlembagaan negara yang pertama dalam sejarah peradaban dunia . anda tahu ke tidak?? selama 10 tahun rasulullah menanam, menyubur dan memantapkan akidah di dalam diri para sahabat  dari 4 orang yang memeluk islam hingga 150,000 orang para sahabat yang memeluk islam dan mati dalam keadaan islam sepanjang 23 tahun pemerintahan nabi Muhammad s.a.w sebagai seorang nabi, rasul dan seorang ketua negara. hebat sungguh perjuangan rasulullah menegakkan agama Allah s.w.t. perkara pertama yang dimantapkan rasulullah ia akidah yakni kepercayaan bahawa Allah itu esa dan tiada tuhan yang layak disembah melaikan Allah dan akhirnya pada masa itu para sahabat menerima apa yang disampaikan oleh rasulullah tanpa banyak persoalan dan perbahasan tentang perkara tersebut. haaa..nampak kan?? ini adalah metode penyampaian akidah yang dilakukan pada zaman rasulullah.sekadar itu dulu perkongsian.semoga berjumpa dilain hari dengan tajuk yang lain. salam ukhuwah..selamat malam



-jaga ikhtilat,jaga adab,jaga percakapan :)

No comments:

Post a Comment