masa itu ibarat pedang..


Get your own Digital Clock

Saturday, November 30, 2013

hidup ada pilihan

assalamualaikum,selamat petang hari yang indah bukan??
syukur kerana kita boleh menghirup nafas yang segar
ada orang sudah pergi buat selamanya hari ini
mungkin kita akan pergi esok lusa or bila-billa Allah kehendaki..
kerana setiap yang bernyawa pasti akan meninggalkan dunia ini
tapi apakah kita sudah bersedia??
cukupkah amalan kita??
dosa kita telah terampun ke belum??
Allahu masih banyak lagi kurangnya diri kita ini..
kita sering takut kerana kita kurang perhatian dari manusia tapi kita lupa pada yang menghidup dan mematikan kita..dalam diri kita masih banyak yang perlu kita ubah.
akhlak kita,adab kita,perbuatan kita,percakapan kita..
semua uh atas diri kita sendiri..
apa yang ditulis tak sama dengan apa yang dilakukan pun bergantung pada diri kita sendiri..
sebab itu hidup adalah pilihan..
kita berhak memilih apa yang kita rasa terbaik untuk hidup kita..
kalau kita kehendaki yang baik maka Allah akan menghantar hambanya
yang baik untuk orang yang ingin berubah..
sebab itu jika kita peroleh seseorang yang baik dan membantu kita untuk berubah
jangan lepaskan kerana amatlah rugi melepaskan yang baik untuk dunia dan akhirat
semata-mata ingin mengejar rupa paras,harta,pangkat dan sebagainya..
jika kita tahu menilai dan menghargai sesuatu yang Allah beri
in shaa Allah hidup kita tenang..
biarlah ape pun dugaan yang datang biarlah badai yang menimpa
selagi kita kuat,kita cuba untuk bangun dari kesilapan dan kegagalan kita mendidik diri kita dahulu..
siapa kita dahulu tak menentukan siapa kita pada masa akan datang..
kerana sejahat-jahat penjahat pasti hatinya ada rasa inginkan kebaikan
tp sebaik-baik orang yang alim dan warak kalau diuji pasti akan tercuit iman nya.
kita bukan berada di zaman Rasulullah s.a.w yang mana iman mereka kuat dan sebarang kekeliruan yang ada mereka boleh terus merujuk pada baginda..tp zaman kita,cuma bergantung pada al-quran dan as-sunnah sahaja sebagai pedoman..
sebab itu iman kita bertambah dan berkurang..
oleh sebab itu,kita jangan biarkan ia berkurangan..sebaliknya kita tambah kan jika kita rasa kurang..
kalau kita nak ubah orang sekeliling kita,kita perlu ubah diri kita dlu kerana diri kita menjadi contoh kepada orang lain..jangan jadikan faktor keluarga sebagai alasan untuk kita tak berubah..jika kita ubah diri kita pasti ahli keluarga kita akan menyusul..nak berdakwah bukan mudah ia perlukan kesabaran dan ketabahan..
yang penting hati kita..sedih rasanya jika hati kita susah mencari kebaikan..
tapi kita perlu igt Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu merubah diri mereka sendiri..
sekian sahaja..yang baik yang keluar dari blog ini semuanya datang dari Allah yang tak baik itu datang dari kekurangan diri kita sendiri..
salam petang.. :) 

Wednesday, October 30, 2013

cerita hari ini

assalamulaikum dan selamat pagi,
hari yang tenang dan indah bukan??
hari ni hari lahir sahabat aku
aku doakan dye panjang umur dan murah rezeki
harapnya dia bahagia dgn orang tersayang
jangan lupa pesan aku 
jaga ikhtilat,jaga adab,jaga percakapan
mesti harini ramai wish kat dye
aku tak mau lah jadi orang pertama yang wish
sbb aku orang terakhir yang dia akan cari nnti
biarlah aku jadi yang terakhir untuk wish
sbb wish yang terakhir biasa nye dikenang
SANAH HELWAH


ni kek buat hang..
aku tak mampu bagi skrng..
tp inshaAllah akan dtg
selepas ibu dan ayahku dpt
baru akan ku hadiah kan kat kau
selamat tersenyum
ukhuwah fillah ya sahabat
abadan abada

Tuesday, October 29, 2013

serah segalanya

taktala hati sedang bertaut pada keindahan,
ingatlah pada sang pencipta.
taktala hati sedang mencari kebenaran,
ingatlah pada sang pencipta.
seringkali kite terlupa
acapkali kita terlena dibuai mimpi dan janji manis manusia
kite terlupa pada janji Allah.
janji yang tak pernah dimungkiri
janji yang sentiasa ditepati.
setiap bait katanya memberi seribu erti dalam kehidupan kita
bukan sedakar ayat dan bukan sekadar lafaz
dan akan mengubah hidup kita
terpulanglah pada empunya diri sama ada ingin menjadi baik atau pun sebaliknya.
soal rezeki,jodoh,umur,sifat diri kita rahsia ilahi
tiada siapa bisa pertikaikan
malahan perlu berusaha mencari ruang dan peluang untuk memperbaiki diri
bukan untuk orang lain tapi untuk diri sendiri.
tak semestinya orang jahat tidak boleh bersama orang yang baik
kerana perasaan itu datang dari Allah
sedangkan orang yang sombong dan angkuh pun boleh ditumbangkan dengan kata-kata
kadang Allah beri hidayah tu secara terus kepada hambanya
adakalanya dia beri hidayah dengan hadirkan insan yang baik supaya kita contohi dia
sebab itu seorang sahabat cermin kepada sahabat yang lain
jika baik sahabatnya,maka baik lah dirinya
jangan kerana keegooan kita
kita hilang segalanya
waktu itu sesal tiada guna lagi
andai itu takdirnya,ku serah segalanya

*jadilah seperti bunga yang segar dengan senyuman kerana senyuman itu menunjukkan kita kuat untuk hadapi kehidupan pada esok harinya

nukilan
-2601-