- Hajat atau matlamat yang hendak diperolehi mestilah jelas dan tepat.
- Dilakukan dengan hasrat yang menyala-nyala, bersungguh-sungguh dan penuh harap.
- Yakin sepenuhnya bahawa akan memperolehi apa yang kita sarankan kepada diri sendiri.
- Berimanigasi bahawa kita sedang mendapat apa yang dihajati.
- Konsisten, amalkan pada setiap malam sebelum tidur dan pagi selepas bangun dari tidur secara berterusan 6-7 minggu atau sehingga berjaya.
dalam dunia ini tak semua benda kita akan dapat tetapi sekurangnya kita berusaha dan serahkan pada yang satu..salam ukhuwah
Showing posts with label hafal... Show all posts
Showing posts with label hafal... Show all posts
Wednesday, December 15, 2010
TeKnIk mEnGhAfAl..
TEKNIK SARANAN DIRI YANG BERKESAN
iLmU HaFaLaN..
“Saya pernah menjadi Jurulatih program IT kepada guru-guru di sekolah. Master trainer mewajibkan para trainer mengingat semua nama guru di dalam sessi tersebut yang mana jumlahnya 20 orang bagi satu sessi. Latihan yang dilakukan ialah membuat bayangan didalam rumah kita sendiri bermula dari pintu masuk apakah yang pertamanya kita nampak, bayangkan hingga sampai ke pintu dapur. Hasilnya saya boleh lakukan dan respond diterima “macammana awak boleh ingat semua?”TENIK-TEKNIK MENGUATKAN OTAK KANAN - Banyak membaca dan menghayati sejarah. (saya sendiri ketika sekolah hampir hampir gagal dalam kertas sejarah setiap kali ujian tetapi sekarang buku sejarah dan biografi menjadi bahan bacaan paling disukai)
- Banyak membaca pengetahuan umum (general knowledge) kurangkan majalah hiburan kerana hiburan biasanya mengandungi gambar yang agak keterlauan dan bahan gossip berlebihan.
- Bermonolog.
- Memperbanyakkan ekspedisi, pengembaraan, lawatan, berkelah dan melancong.
- Selalu menyertai seminar, forum, pameran, ekspo dan lain-lain.
- Menatap dan merenung Al-Quran.
- Selalu melakukan latihan menguatkan konsentrasi.
- Selalu berfikir secara kreatif. (waktu kecil saya suka bayangkan bagaimamana keadaannya kalau sudu plastic ditumbuk dengan batu lesung dan bagaimana rasanya kalau saya hempas gelas kaca dengan kuat).
- Sering melakukan latihan pendengaran, penglihatan, pergerakan, penciuman dan merasa secara imaginasi.
- Bertafakur atau berfikir tentang makhluk Allah dan alam semesta.
- Memikirkan sesuatu kejadian, peristiwa-peristiwa dan isu-isu semasa. Belajarlah dengan alam semesta dan kehidupan ini.
- Membaca, memahami, merenung dan menghayati isi Al-Quran sedalam-dalamnya. Fikirkan apa yang tersurat dan tersirat di dalam kandungannya. Lakukan begitu juga terhadap hadis-hadis Rasullullah s.a.w.
- Bermain catur.
- Suka berfikir dengan bertanya kepada diri-sendiri dengan menggunakan kata kunci ‘apa, siapa, bila, di mana, kenapa dan bagaimana‘.
- Selalu menambah pengetahuan umum dengan membaca, mengikuti program-program berbentuk maklumat dengan menonton televisyen, mendengar radio, internet dan sebagainya.
Subscribe to:
Comments (Atom)