masa itu ibarat pedang..


Get your own Digital Clock

Wednesday, October 30, 2013

cerita hari ini

assalamulaikum dan selamat pagi,
hari yang tenang dan indah bukan??
hari ni hari lahir sahabat aku
aku doakan dye panjang umur dan murah rezeki
harapnya dia bahagia dgn orang tersayang
jangan lupa pesan aku 
jaga ikhtilat,jaga adab,jaga percakapan
mesti harini ramai wish kat dye
aku tak mau lah jadi orang pertama yang wish
sbb aku orang terakhir yang dia akan cari nnti
biarlah aku jadi yang terakhir untuk wish
sbb wish yang terakhir biasa nye dikenang
SANAH HELWAH


ni kek buat hang..
aku tak mampu bagi skrng..
tp inshaAllah akan dtg
selepas ibu dan ayahku dpt
baru akan ku hadiah kan kat kau
selamat tersenyum
ukhuwah fillah ya sahabat
abadan abada

Tuesday, October 29, 2013

serah segalanya

taktala hati sedang bertaut pada keindahan,
ingatlah pada sang pencipta.
taktala hati sedang mencari kebenaran,
ingatlah pada sang pencipta.
seringkali kite terlupa
acapkali kita terlena dibuai mimpi dan janji manis manusia
kite terlupa pada janji Allah.
janji yang tak pernah dimungkiri
janji yang sentiasa ditepati.
setiap bait katanya memberi seribu erti dalam kehidupan kita
bukan sedakar ayat dan bukan sekadar lafaz
dan akan mengubah hidup kita
terpulanglah pada empunya diri sama ada ingin menjadi baik atau pun sebaliknya.
soal rezeki,jodoh,umur,sifat diri kita rahsia ilahi
tiada siapa bisa pertikaikan
malahan perlu berusaha mencari ruang dan peluang untuk memperbaiki diri
bukan untuk orang lain tapi untuk diri sendiri.
tak semestinya orang jahat tidak boleh bersama orang yang baik
kerana perasaan itu datang dari Allah
sedangkan orang yang sombong dan angkuh pun boleh ditumbangkan dengan kata-kata
kadang Allah beri hidayah tu secara terus kepada hambanya
adakalanya dia beri hidayah dengan hadirkan insan yang baik supaya kita contohi dia
sebab itu seorang sahabat cermin kepada sahabat yang lain
jika baik sahabatnya,maka baik lah dirinya
jangan kerana keegooan kita
kita hilang segalanya
waktu itu sesal tiada guna lagi
andai itu takdirnya,ku serah segalanya

*jadilah seperti bunga yang segar dengan senyuman kerana senyuman itu menunjukkan kita kuat untuk hadapi kehidupan pada esok harinya

nukilan
-2601-

Saturday, October 26, 2013

mari kite bincang tentang usuluddin

assalamualaikum dan selamat malam.pada hari ini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang akidah di dalam usuluddin.cerita nya begini pada zaman Rasulullah s.a.w. , Rasulullah menyampaikan risalah tauhid kepada masyarakat arab jaihiliyah di mekah selama 10 tahun dan di madinah selama 13 tahun. pada mulanya rasulullah berdakwah secara senyap selama 3 tahun dan menyebarkan dakwah secara terang-terangan selama 7 tahun sebelum beliau berhijrah ke madinah dan membentuk negara dan kerajaan islam yang mempunyai perlembagaan negara yang pertama dalam sejarah peradaban dunia . anda tahu ke tidak?? selama 10 tahun rasulullah menanam, menyubur dan memantapkan akidah di dalam diri para sahabat  dari 4 orang yang memeluk islam hingga 150,000 orang para sahabat yang memeluk islam dan mati dalam keadaan islam sepanjang 23 tahun pemerintahan nabi Muhammad s.a.w sebagai seorang nabi, rasul dan seorang ketua negara. hebat sungguh perjuangan rasulullah menegakkan agama Allah s.w.t. perkara pertama yang dimantapkan rasulullah ia akidah yakni kepercayaan bahawa Allah itu esa dan tiada tuhan yang layak disembah melaikan Allah dan akhirnya pada masa itu para sahabat menerima apa yang disampaikan oleh rasulullah tanpa banyak persoalan dan perbahasan tentang perkara tersebut. haaa..nampak kan?? ini adalah metode penyampaian akidah yang dilakukan pada zaman rasulullah.sekadar itu dulu perkongsian.semoga berjumpa dilain hari dengan tajuk yang lain. salam ukhuwah..selamat malam



-jaga ikhtilat,jaga adab,jaga percakapan :)

Monday, October 7, 2013

impianku lagi tinggi dari harapan

assalamualaikum
selamat petang..hari ini ana nk cerita apa ya??
hari ini baru sahaja tamat trial stpm ana subjek arab dan syariah.
mesti ramai tertanya-tanya bagaimana tadi
bagi ana boleh la asalkan ada jawapan.ana dah usaha dan selebihnya serahkan 
pada cikgu yang menanda.hari ni tah kenapa ana rasa sebak yang amat sangat.
mugkin sebab ana terlalu byk berfikir ataupun..hurm tak tahulah..
hari demi hari ana rasakan macam langkah ini makin layu.
semakin jatuh dan semakin jatuh.ana tak sehebat dulu
yang dikenali dan mengenali ramai orang.tak mengapalah mungkin kali ni tkda orang ingin berkwn 
dengan ana.lebih baik ana bersendirian dan mendiamkan diri
biarlah orang cakap ana buang tebiat pun.jika benar Allah ingin ambil nyawa ana,
ana terima tetapi masih byk dosa ana yang tidak tertebus.ya rabb besar sungguh ujianmu
ana tahu ana mampu hadapi semua ini.ana tahu ana kuat dan ana tahu ana boleh.
Alhamdulillah hari demi hari hati ini boleh terima kenyataan dan yang penting mula suka kn perubahan.
syukur ya rabb,engkau perkenankan doa ana yang tak seberapa ini.ku harap perubahan ini akan berkekalan dan berpanjangan ya rabb dengan rahmatmu yang maha pengasih.
semoga hari-hari mendatang lebih baik daripada hari ini.





quote: see you di IPT 

Saturday, October 5, 2013

Alhamdulillah

syukur padamu ya rabb atas segala ujian dan dugaan yang engkau
hamba percaya di setiap kesulitan yang hamba hadapi ada kesenangan
mungkin engkau cuma menguji sekuat mana iman ku dan mungkin engkau cuma menguji 
betapa aku mengingatimu ya Allah. hamba sedar cinta pada manusia tak seindah cintamu
hamba sedar cinta ini mainan hidup.maafkan daku ya rabb kerna menyintai orang yang salah.
dah berkali aku mencuba cari redhamu tp masih belum ku temui.
ya rabb andai ini hukuman bagiku.hapuskanlah segala dosaku.
jika ini yang kau berikan padaku.aku redha,aku terima kerana aku penah tersilap langkah.
dan aku terlalu banyak dosa padamu.ya rabb jika hati in tak tenang.kau damaikanlah 
hati ini dengan ketentuanmu.aku mencuba untuk menenangkan hatiku.
tp aku tak mampu ya rabb.aku hamba yang lemah.aku tak mampu menahan tangisan ini.
jika luka di hati ini sukar dirawat.aku akan cuba bawak diri ke mana yang aku suka jika 
itu jalan yang terbaik.sungguh ya rabb,hamba tak sanggup ada perasaan lagi.
hamba tak sanggup menghabiskan sisa hidup hamba untuk mngejar cinta dunia.
ya rabb,andai itu takdirnya..hamba rela bersendirian menuju redha dan syurgamu.
jangan lah ada mnusia yang ambil tahu tentang diri ku lagi jika aku mmg ditakdirkn sendirian.
yang daku ada cuma engkau ya rabb,rasul yang engkau kasihi dan ibu bapaku.
jika mereka ini sahaja untuk ku.aku terima dengan rela hati.
tiada siapa yang tahu apa tersirat di hati pun tak mengapa.cukuplah dahulu hamba jahil.
tak semua yang lalu akan berulang.tak semua yang jahat akan berterusan jahat.
selagi hamba kuat untuk berhijrah ke jalanmu.kau tuntunilah daku.jangan biarkan daku terpesong sedikit pun dari landasanmu.daku hanya hamba biasa yang mengharap pendamping yang setia
kerana Allah.. :'(