masa itu ibarat pedang..


Get your own Digital Clock

Tuesday, March 25, 2014

senyum

dalam kesedihan aku belajar erti redha
dalam kegagalan aku belajar erti sabar
dalam kehilangan aku belajar erti syukur
semua tu aku belajar bkn dari orang tapi dari pengalaman sendiri
masih banyak yg perlu dicari dalam diri ini
mungkin ramai yang perlekeh
ramai yang mengata
tapi tu sume adat dunia 
tak pernah ade yang terima kekurangan kita
tak pernah ada yang setia dengan kita
apa pun dugaan jangan terlalu cepat melatah..
keep calm and move on..
anggap mcm tkde ape berlaku depan mata..
biarkan ia berlalu..
hajat dah tunai.
step on ourself..
bismillah..

Thursday, February 27, 2014

kehilangan mengajar erti kekuatan

Allahu..terasa berat untuk kehilangan orang yang sentiasa ada tika kita susah dan senang tapi apakan daya jika itu takdir yang telah Allah aturkan. redha dengan apa jua sekalipun..bila difikirkan balik mungkin terlalu banyak silap kita pada manusia sampaikan boleh jadi begini rupa..setiap ujian yang ku tempuh sangat dasyat sehinggakan aku hampir berputus asa.tapi ku gagahkan hati ini dan terus bersabar atas segala yang berlaku..meskipun tiada manusia yang bisa memahami apa yang terbuku di hati..namun ku tahu,Allah memahami setiap hati-hati kita..ramai orang yang memandang buruk terhadap aku..katanya aku ni pura pura baik tapi aku sebenarnya jahat..aku akui semua kata-kata itu sbb memang itu lah aku..oleh kerana jahat itu lah aku cuba diamkan diri..bukan untuk belagak baik tp nak muhasabah diri aku..aku nak belajar dari kesilapan bukan kesilapan tu yang mengajar aku..semakin lama aku rasa kehilangan atau mungkin esok atau lusa khabar berita pun aku tak dengar..tapi takpa lah..setiap orang ade cara sendiri dan setiap orang berhak memilih kwnnya..mungkin orang mcm aku ni takde orang nak kawan..aku sedar aku siapa dan aku tahu aku di tahap yang mana..aku patot ubah cara hidup aku..aku nak jadi mcm yang lain..yg sentiasa senyum walaupun ditimpa musibah dan ujian..aku nak sangat jadi macam uh..moga Allah permudahkan..kita tak boleh menduga apa yang Allah ingin beri sedangkan disebalik hujan yang basah pun Allah sediakan pelangi..mungkin ada hikmah dan mungkin dah tawar hati nak berkawan dengan aku..wallahua'lam..

Tuesday, January 21, 2014

pesan pada hati

maha suci engkau ya rabb
yang mengurniakan sekeping hati ini..
yang acapkali berbolak-balik dan goyang dengan keindahan ciptaanmu..
sungguh ku akui begitu berat untuk menyucikan hati ini
yang penuh dengan titik hitam..
dengan perasaan yang tidak tenteram..
ku berharap padamu ya rabbi..jgn biarkan hati ini berpaling dari mengingatimu
jangan biarkan hati ini leka dan alpa..
aku cuma ingin rasa kemanisan iman..
walaupun tak banyak..
cukuplah sedikit..
mungkin kerana amalanku tak sehebat para sahabat yang lain
akan ku cuba usaha untuk memperbaiki diri
tak dapat byk..sedikit pun jadi lah
kata orang dari keterpaksaan akan lahir keikhlasan...
inshaAllah..

ya rabb..kau hadirkan dalam hidup ini seorang an nisa..
pertemuan kami kau aturkan..
jgn kau uji kami dengan ujian yg berat yg rabb..
ingatkan kami dengan zikirmu..
tanamkan sifat sabar dalam hati kami..
jauhi kami dari zina ya rabb..
semoga kami jadikan engkau sebagai pengantara antara kami
andai kau takdirkan kami berpisah..
bantulah kami dalam perjuangan kami..
ingin berubah kearah kebaikan..
andai kau temukan dia itu bukan jodohku..
kau temukan dia dengan orang yang layak selain ku..
yang bisa menuntunnya ke syurga..
semoga dia mencintaimu ya rabb..
jgn kau bolak-balikkan hatinya..